Click here for Myspace Layouts

Monday 23 July 2012

IBU !

assalammualaikum semua,

ya,memang beruntung semua yang masih mempunyai ibu...
tapi bagi yang tak pernah merasa kasih sayang ibu pulak bagaimana?

keluh seorang anak yang tidak pernah rasa kasih sayang seorang ibu kandung sejak kecil lagi dan dahagakan kasih seorang ibu .....
rindu sangat2 kat mama !!
hurmmm kadang2 aku tidak boleh menerima kadaq dan kadar allah walaupun sudah lama mama meninggalkan aku yang tidak tahu bercakap , berjalan apatah lagi erti kasih sayang seorang ibu tapi itu semua kuasa allah tiada siapa yang dapat menghalang aku redha.
kadang2 ada jugak rasa iri hati pada kawan2 yang ada mama kan yelah tgk dorg boleh berkongsi masalah ,dapat cium mama tiap2 hari,dapat dengar leteran seorg ibu dan sebagainye sedangkan aku cuma ada ayah dan kadang2 aku nak cerita masalah aku serba tidak kene kerana ayah ku juga ada masalahnye sendiri tak kan nak beban kan ayah lagi kan..hidup aku kosong bile aku kenang balik kenape aku tiada mama!! tapi aku bersyukur kerana aku masih ada seorg ayah yang kuat dan sangup menjadi seorg ibu,seorang ayah dan seorang kawan pada satu masa yang sama dan adek beradek yang lain . 
alhamdulillah !!aku juga amat menyayangi ayah ku 
walaupun aku tak pernah lihat rupa dan wajah mama aku dan cuma ada gambar sahaja tapi aku tetap sayang mama aku kerana mama lah yang telah bersusah payah melahirkan aku dengan bertarungkan nyawa nye untuk melahirkan anak bongsu seperti aku. tanpa mama aku tidak akan ada di muka bumi yang indah ini.
insya'allah mama aye akan jadi orang yang berguna ,soleha,mendengar kate babah ,akan selalu menyayangi mu dan mengigati mu seumur hidup ku .
ya allah , ampunkan lah segala dosa2 mama jauhilah kan lah mama dari azab api neraka dan masuk kanlah arwah mama ku kedalam syurga tempatkan lah mama pada tempat orang2 yang beriman . amin~
mysuper family .
my lovely MAMA
sibling of MAMA
.
my SUPER DAD and my SUPER MUM .

my GRANPA also my GRANMA




No comments:

Post a Comment