Click here for Myspace Layouts

Sunday, 11 November 2012

CINTA


Lumrah dalam kehidupan ini, kita suka kepada mencintai dan dicintai. Biar sejauh manapun kita bergerak, kita tidak bisa lari dari memenuhi keperluan rasa hati iaitu berhajat kepada hati yang berbunga-bunga. Inilah fitrah kehidupan. Agak ajaib dan pelik jika ada yang mengatakan bahawa kita tidak sehaluan dengan rasa kasih dan cinta.

Mengatakan kehidupan ini adalah jalur-jalur kebencian semata-mata. Tidak ada langsung warna-warni ceria dan gembira.  Apatah lagi sinar-sinar yang membahagia. Sungguh, manusia seperti ini layak tinggal di dalam gua.
Rasa ingin bercinta dan ingin dicintai itu bukan nanti cukup umur. Bukan nanti masuk universiti. Bukan nanti fly ke oversea. Bukan nanti makan nasi minyak di siang hari. Tetapi perasaan itu seakan wujud dalam diri kita, bermula sejak pertama kali kita bernafas di alam ini.

Cinta. Sebuah rasa hati dan mainan jiwa yang ramai terkandas dengannya.
Cinta itu suci lagi bersih. Sebaliknya ada tangan-tangan illusi yang cuba bermain dengan cinta tanpa mengikut syariat, maka cinta yang suci tersebut mampu menghancurkan si pemilik tangan.
Cinta itu putih lagi jernih. Sebaliknya ada mata-mata kejahatan yang memandangnya dengan pandangan songsang, maka cinta itu tadi langsung tidak membawa ke arah serinya bait-bait kehidupan.
Ya, ramai orang ingin bercinta. Hinggakan realiti, budak sekolah rendah pun sudah pandai bermain perasaan jiwa. Tetapi sayang, kenapa cinta yang berputik itu banyak memusnahkan? Apakah kerana sumpahan cinta yang dikatakan berhantu? Atau kita belum cukup matang untuk bermain dengan cinta?Rata-rata yang bercinta tidak buta matanya. Tetapi kenapa yang bercinta itu mudah jatuh dan tersasar hala tujunya? 
Rata-rata yang bercinta celik pandai orangnya. Tetapi kenapa yang bercinta itu tidak menemui bahagia di penghujung kisah cerita?
Rata yang bercinta itu baik-baik orangnya. Tetapi kenapa yang bercinta itu memilih untuk menjadi manusia yang dianggap sampah di mata dunia?
 Apakah salah cinta? Tidak! 
Tetapi kita yang bercinta di atas jalan yang salah. Cinta yang bersih kita warnainya dengan keseronokan hawa, maka manisnya kita kunyah umpama racun yang berbisa. Cinta yang jernih kita selaminya dengan niat mengikut nafsu binasa, maka nikmatnya kita telan umpama api yang digenggam sehingga terbakar.
 Dan last kita tidak akan berjumpa kesenangan dan kebaikan pada pengakhiran, sebaliknya kita menemui kesusahan dan keperitan yang amat memedihkan.

No comments:

Post a Comment